10 Perkara Yang Membazirkan


1. Air botol - Air, tidak asing lagi dalam kehidupan bagi kehidupan di muka bumi ini. Manusia, haiwan dan tumbuhan perlukan air. Air dianugerahkan kepada kita dengan banyaknya dan PERCUMA! Jadi, mengapa perlu membayar untuk sebotol air minuman. Bukankah lebih baik jika kita sendiri membawa sebotol air apabila keluar. Sekarang terdapat banyak design2 botol air yang menarik. Sudah jadi trend dikalangan pelajar2. Jadi, pratikkan diri sendiri untuk membawa botol air.

2. Majalah/komik/newspaper - Zaman sekarang semua yang ada kat 'hard copy' semuanya boleh kita dapat secara online. Contohnya komik, OneMangga.com menyediakan banyak komik2 yang berkualiti dan yang paling penting,PERCUMA! tak perlu keluar duit sesen pun untuk membaca beratus2 komik yang terdapat dalam website ni.
Bagi newspaper pula, kebanyakan newspaper ada versi online dia sendiri. Jadi tak perlula nak beli yang 'hard copy'.
Disamping berjimat, kita dapat mengurangkan pencemaran alam dengan kurangnyapenggunaan kertas, ink, minyak etc. So, support GREEN disamping berjimat!


3. Catridge Ink Printer - Bagi yang selalu guna printer nak print assignment, report, etc. sudah tentu merasai 'kemahalan' catrigde ink kan? Tiap kali habis, tentu perlu beli yang baru. Paling kurang pun dalam RM50++ bagi ink hitam. Belum lagi yang kaler. Ink printer adalah salah satu barang pengguna yang 'overpriced'. Tak percaya? Mari kita kira jap. Ok, katakan la, korang beli catridge ink hitam dengan kaler sebulan sekali. Harga combo dua ink ni RM145 (harga pasaran ink untuk Canon baru). Kalau ko darab 12 untuk setahun berapa? RM145 x 12 bulan = RM1740.00. Tak ke mahal tu???
So, untuk menjimatkan duit korang, korang belilah CISS. Confirm banyak jimat!Untuk satu botol ink hitam kecik, harga dia ada dalam RM15 kot. Sebotol tu boleh guna untuk bulan2...

4. Rumah Lebih Dari Kerperluan - Sekarang banyak orang suka beli rumah 2-3 bijik. Jadi aset la katakan. Tapi, tahukah korang rumah2 ni perlukan kos yang banyak untuk maintainence, bayar loan, bayar tukang potong rumput etc. So, dari rumah korang tu kosong tak berpenghuni, lebih baik korang sewakan kepada orang. Income masuk, loan pun berbayar. Ko tak perlu keluar duit sendiri nak bayar loan. Jimat tak?

5. Restoran Makanan Segera - Maybe semua dah tau makan di restoran Makanan Segera ni boleh tahan mahalnya. Contoh nya McD, aku cukup heran bila kawan2 aku suka pergi makan kat cni. Dahla mahal, kenyang lagila jauh. Macam tak berbaloi. Sedap memang sedap tapi bagi aku kenyang lebih penting. Kenyang lagi makan kat kedai makan biasa. 
Begitu juga jika kita beli makanan dalam tin. Tak berbaloi. Sikit betul kandungannya. Langkah terbaik, beli sayur & daging kat pasar then masak kat rumah. Murah & berkhasiat!




6. Supplement & vitamin - Ni bagi yang selalu risau pasal bentuk badan khususnya wanita. Golongan macamni banyak menghabiskan wang ringgit untuk membeli supplement & vitamin untuk kurus. Dengar je produk ni bagus, terus nak beli. Biar mahal janji kurus. Tapi, tak tahukah mereka ada cara lain yang murah untuk menguruskan badan? Golongan ni boleh bersenam ,berjoging, yoga etc. Disamping membakar lemak, aktiviti ni juga boleh menyihatkan badan.

7. Produk Branded - Kebanyakkan orang suka barang2 yang branded khususnya yang datang dari luar negara. Beg bimbit untuk perempuan hanyalah untuk menyimpan 'personal belonging' so tak perlulah beli PRADA yang harga dia ribu2 tu. Jam tangan tak perlula beli yang harga ribu2, nanti kena ragut sapa susah? Baju T pun nak beli yang branded, kalau boleh buat badan sihat takpela juga. So, belilah barang Buatan Malaysia. Berkualiti dan Berpatutan!

8. Kereta Baru - Bila ada duit lebih je nak tambah kereta. Tapi taknak kereta tempatan. Nak Lamborghini juga. Nak Ferrari juga. Paling kurang pun Lancer.  Buat apa kereta mahal2? Safety? Kalau ikut logik ,takde kereta yang eksiden tak calar, tak remuk. Kalau cara pemanduan tu betul, eksiden tu takkan berlaku. lebih baik duit tu simpan buat hari tua nanti.

9. Isu Kesihatan Boleh Dielakkan - Makan secara sihat dan bersenam selalu. Pastikan minda dan badan sihat slalu! Kebanyakkan masalah utama dari masalah kesihatan adalah ia boleh mengurangkan simpanan di bank, menaikkan  kadar insurans. Dan pabila sakit, kita tidak dapat bekerja dan kurang duit untuk belanja seharian. So, pratikkan diri untuk mengamalkan cara hidup yang sihat.

10. Merokok - Ni tak perlula dihuraikan panjang lebar. Semua sedia maklum merokok adalah satu aktiviti tidak sihat yang membazirkan. Sekarang harga rokok dah naik 70 sen. Makin mahal. So, berhenti la merokok sebelum terlambat!


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails