Agak2 la wei!

Ni pasal satu website pengasas satu program kebebasan kewangan kat Malaysia ni. Bukan nak kutuk tapi agak2 la wei! Cakap company besar, untung besar setiap bulan, dapat 1000-1500 member baru sign in masuk program setiap bulan tapi website macam amatur. Kalau betul company tu hebat sampai member puluh2 ribu, buat la website bagus sikit. Ni tak, nak loading page pun terpaksa tunggu lama, takda mood orang nak tengok. Sedangkan website lain yang banyak flash dan gambar lagi cepat loading page diaorang. 



Paling ketara, email company tu, pakai YAHOO lagi. Takde email company sendiri ke? Takkan pakai YAHOO je? Agak2 la wei. Kalau betul company ko hebat and banyak income, upahla orang yang pro dalam buat website ni. Takpun ko upah je budak IT yang ada join program ko.


 Profile photo ko pun nampak sangat tak professional. Pakai T-shirt je? Dahla tayang kat main page. Cubala nampak professional sikit, pakai kot ke, long sleeve ke...baru nampak korporat sikit bai!


Website company tu penting bagi sesebuah company bai! Maybe ada orang nak masuk member ko, tentu diaorang nak tengok apa special company ko kan? So, jalan terbaik diaorang pegi la website ko cari info2 yang berkaitan. Kalau ada yang terer pasal bab2 hosting ni tentu tergelak tengok website ko tu. Nampak sangat x pro. Kan dah hilang sorang bakal member ko...tak ke nyesal? 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails