Tips Untuk 'Speed Up' Windows 7 - Part 2

1. Disk Cleanup
File2 yang tidak diperlukan lagi juga boleh membebankan dan melambatkan 'speed' sesuatu sistem OS. Oleh itu, file-file seperti temp files, downloaded program files, recycle bin, etc perlu dikeluarkan/dibuang. Untuk melakukan proses ini, anda perlu melakukan langkah berikut:

  1. Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Cleanup
  2. Sistem akan melakukan analysis kiraan untuk memastikan berapa banyak space yang boleh dikosongkan. Dalam window Disk Cleanup ( rujuk rajah ) di bawah Files, pilih file-file yang perlu didelete dalam delete list.
  3. Untuk delete file, klik tab More Option dan klik 'System Restore and Shadow Copy'. Then, klik clean up.
  4. Akhir sekali, klik OK. Anda akan disoal sekali lagi samada mahu meneruskan Disk Cleanup. Klik Yes untuk delete file.


2. Disk Defragmentation
Apabila hard drive mengalami kekurangan space/ruang, OS akan membahagikan file kepada bahagian-bahagian dan disimpan di bahagian yang berbeza dalam hard drive. Defragmenting membolehkan semua bahagian file disimpan dalam bahagian memori yang bersempadan/contiguous. Untuk mendefragmentkan disk, ikut langkah berikut:

  1. Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter
  2. Di dalam window (rujuk rajah), klik pada drive yang anda ingin defragkan. Seterusnya klik Analyze disk.
  3. Ini akan menganggarkan masa yang diperlukan untuk menjalankan proses tersebut. Setelah habis analyze, klik pada Defragment disk.
  4. Setelah selesai, anda boleh menganalysis report atau klik close.



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails