Tips Untuk 'Speed Up' Windows 7

Sistem operasi Microsoft Windows 7 telah direka untuk memberikan kelajuan yang lebih baik dari sistem operasi yang terdahulu. Namun, kebanyakan pengguna laptop/PC cenderung mengalami operasi sistem yang lambat. Ini bukan kesalahan/kelemahan dari OS. Kenyataannya, itu adalah masalah yang selalu dihadapi oleh pengguna dari pelbagai OS.

Sebab utama bagi masalah sebegini adalah kerana lambakkan 'junk file' di dalam sistem atau terlalu banyak item di dalam hard drive. Di samaping itu, 'running' terlalu banyak program/servis juga salah satu punca kepada OS yang lambat. Di bawah adalah beberapa tips untuk meningkatkan prestasi/performance Windows 7 pada laptop/PC.

Visual & Bunyi
1. Kesan Visual Minimum
Mematikan/disabling kesan visual yang tidak diperlukan pasti akan dapat meningkatkan prestasi. Untuk melakukannya, ikut langkah berikut:
  1. Tekan kekunci Windows dan sementara menekannya, tekan kekunci Pause/Break.
  2. Pada window yang muncul, klik pada Advanced system setting di sebelah atas kiri.
  3. Pada tab Advanced, di bawah Performance Section, klik settings.
  4. Pada bahagian Performance Section, disablekan option yang tidak diperlukan. Untuk lebih mudah, pilih 'Adjust for best performance'. 
  5. Klik Apply dan OK.
Option yang dipilih mungkin akan membuatkan paparan skrin menjadi kurang menarik. Namun, prestasi OS pasti akan ditingkatkan.

2. Kesan Bunyi/Sound Effect Minimum
Untuk mematikan/disable kesan bunyi, ikut langkah berikut:


  1. Klik Start. Di dalam search box taip mmsys.cpl dan tekan Enter.
  2. Pada window yang muncul (rujuk rajah), klik pada tab Sound.
  3. Setkan Sounds Scheme kepada 'No Sounds'.
  4. Setkan hanya pada kesan bunyi yang diperlukan sahaja di dalam Program Events dengan memilih Specific Event dan pilih kesan bunyi dari menu Sound Drop-down.
  5. Anda juga boleh disablekan option ' Play Windows Startup Sound'.
  6. Klik Apply dan OK.
Software & Servis
1. Dapatkan software Anti-Virus yang dipercayai.

Pastikan anda ada software anti-virus yang bagus/boleh dipercayai pada laptop/PC anda. Ini akan memastikan tiada malware atau spyware masuk ke dalam sistem. Tanpa software keselamatan yang bagus, peluang bagi third party malware dan virus diinstall ke dalam OS adalah tinggi. Ini menyebabkan kesan yang tidak bagus bagi sistem. Di samping itu, ia juga memakan ruang di dalam hard disk.

2. Install hanya Software yang Diperlukan Sahaja.
Pastikan hanya software yang diperlukan/selalu digunakan sahaja diinstall. Jika terdapat sebarang trial software yang tidak diperlukan, uninstallkan dan delete. Jika tidak, ia akan memakan ruang hard disk, RAM dan kitaran prosessor/prosessor cycles. Jika anda mendapati ada software yang tidak dapat diuninstall yang mengganggu normal sistem laptop/PC, anda mungkin perlu reformatkan hard disk anda. Backupkan semua data sebelum format.

3. Disable atau Tukarkan Servis Yang Tidak diperlukan Kepada Manual.
Sesetengah processes dan servis yang kurang diperlukan kebanyakkan dalam default mode untuk start secara automatik apabila sistem starts up. Ini pasti akan memakan ruang RAM dan melambatkan servis yang lebih penting. Jadi, penting untuk anda disablekan servis yang kurang penting ini. Untuk melakukannya, ikut langkah berikut:
  1. Klik Start. Di dalam search box taip services.msc dan tekan Enter.
  2. Pada window yang muncul (rujuk rajah), klik pada tab Services & Application > Services.
  3. Right click pada services yang anda ingin set kepada manual atau disable. Jika service tersebut sedang digunakan, klik Stop.
  4. Setelah servis tersebut stopped, right click sekali lagi dan klik properties.
  5. Di dalam Startup, anda boleh setkan servis tersebut kepada manual jika anda ingin menggunakannya lagi nanti atau disablekan jika anda tidak memerlukannya.
  6. Setelah selesai, anda boleh tutup window tersebut.
4. Disable Program Startup Yang Tidak Diperlukan.
Sesetengah program diset untuk start semasa sistem start-up. Ini akan melambatkan proses start-up. Ikut langkah berikut untuk disablekan program start-up.


  1. Klik Start. Di dalam search box taip msconfig dan tekan Enter.
  2. Di dalam window Sysrem Configuration (rujuk gambar) ,pergi ke Startup.
  3. Uncheck kotak di sebelah proses2 yang tidak diperlukan semasa proses start-up.
  4. Klik Apply dan OK.




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails