Trump minati Lindsay Lohan

LOS ANGELES: Ahli perniagaan Amerika Syarikat, Donald Trump, yang terkenal dengan rancangan Celebrity Apprentice, dilaporkan berminat untuk mendapatkan Lindsay Lohan dan ibunya, Dina, muncul dalam program realiti berkenaan. Trump berkata, beliau mahu melihat pasangan ibu dan anak berkenaan bergaduh dengan peserta selebriti lain.

Jutawan hartanah berkenaan percaya bahawa ibu dan anak terbabit boleh menang seperti pasangan Joan dan Melissa Rivers ketika musim 2009 lalu. Atas sebab itu, beliau mahukan Dina dan Lindsay sebagai satu pasukan dalam rancangan terbabit.

Trump mengambil peluang berkenaan untuk merujuk Lohan sebagai ‘orang bermasalah’.  Beliau juga berkata, pelakon itu perlu mengutamakan usaha mengatasi masalah ketagihan dadah. 



sumber Berita Harian & real bollywood

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails